Wednesday 23 November 2011

Belajar Bersama-sama



Pada aktiviti P&P yang lalu, saya telah menggunakan kaedah aktiviti kumpulan. Hari itu saya mengajar kemahiran menggunakan bahasa Inggeris untuk membina ayat ringkas.Selepas memberi penerangan tentang kemahiran membina ayat, saya membahagikan anak murid saya kepada beberapa kumpulan. Dalam kumpulan tersebut, murid-murid saling berbincang dan membina 5 ayat ringkas berpandukan gambar yang ditunjukkan di depan kelas. Saya mendapati murid-murid berasa seronok apabila berpeluang berbincang dengan kawan-kawan. Hasil kerja kumpulan juga amat memuaskan.

Tuesday 22 November 2011

Pengajaran 2 hala



Pada 21.11.2011, walaupun hari itu cuti, saya tetap balik ke sekolah untuk memberi kelas tambahan kepada murid tahun 4K. Mata pelajaran yang diajar ialah bahasa Inggeris. Disebabkan murid saya terlalu pasif, maka saya merancangkan aktiviti pengajaran 2 hala. Setelah memberi penerangan kepada murid, aktiviti pengukuhan dijalankan. Saya meminta murid tampil ke depan untuk menuliskan jawapan di papan tulis. Sesiapa yang memberi jawapan yang betul akan diberi sebuah hadiah kecil. Saya tidak sangka aktiviti ini mendapat sambutan yang hebat daripada murid-murid saya. Mereka berebut-rebut untuk tampil ke depan. Saya berasa gembira menampak murid saya tidak lagi fobia dengan bahasa Inggeris. Walaupun saya perlu belanja sikit wang untuk membeli hadiah, tetapi ini adalah berbaloi.

Friday 18 November 2011

Buah-buahan yang tidak boleh dimakan....




Apabila saya menampak buah-buahan ini, saya berasa terkecut kerana buah-buahan itu memang nampak seperti buah yang betul. Murid-murid amat suka menyentuh model buah-buahan yang ditunjuk kepada mereka. Saya amat kagum dengan pereka cipta yang menghasilkan ABM ini. Saya menggunakannya untuk mengajar tajuk "buah-buahan", ia telah memberi hasil yang sangat menggalakkan. Kawan-kawan yang lain juga boleh cuba dengan model jenis ini. Selamat mencuba, kamu pasti akan menampak hasil yang baik.

Wednesday 2 November 2011

ABM yang berkaitan dengan kehidupan harian


Hari ini, saya mengajar matapelajaran bahasa Inggeris bagi murid tahun satu. Saya mengajar tentang topik "benda-benda di sekeliling kita". Saya telah membawa bahan maujud seperti sayur-sayuran, biskut dan nasi masuk ke dalam kelas. Murid nampak tertarik dengan benda-benda itu. Semua benda itu dapat dilihat oleh murid dalam kehidupan harian mereka. Mereka tertanya-tanya tentang aktiviti P&P yang akan dijalankan oleh saya. Saya berasa P&P pada hari ini menjadi menarik.Cikgu-cikgu yang lain dialu-alukan menyediakan aktiviti yang serupa, saya yakin anda akan mendapati anak murid anda akan nampak tidak sama seperti biasa.

Monday 24 October 2011

ABM Yang Menarik


Minggu yang lepas, saya ternampak seorang guru yang mengajar di sekolah saya telah menggunakan ABM yang cukup menarik untuk mengajar murid tahun 1 m/p BI yang bertajuk "Things around us". Buah-buahan itu diperbuat daripada ballon yang ditampal dengan surat khabar. Lepas itu, surat khabar itu diwarnakan mengikut keadaan sebenar buah-buahan. ABM yang siap nampak seperti buah-buahan yang jitu. Ayam itu pula ialah ABM yang dibeli oleh pihak sekolah. Ia sebenarnya ialah sebuah tanglung. Tetapi ia digunakan oleh guru itu untuk tunjuk kepada murid rupa ayam yang sebenar. Saya berasa guru itu sangat kreatif. Bagi guru-guru yang lain, mungkin kita boleh mengubahsuaikan ABM itu kepada bentuk buah-buahan yang lain seperti manggis dan mangga.

Thursday 20 October 2011

Satu Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Cukup Menarik


Pada beberapa hari yang lalu, seorang guru yang mengajar di sekolah saya telah menjalankan satu aktiviti P&P yang sangat menarik. Beliau mengajar m/p bahasa Inggeris. Topik pengajaran ialah "mengenali tempat-tempat di sekolah saya". Guru itu telah membawa anak muridnya mengelilingi sekolah. Beliau telah tunjukkan tempat-tempat yang berada di dalam sekolah seperti tandas, taman bunga, perpustakaan dan beberapa tempat lagi. Saya ternampak anak muridnya kelihatan amat seronok. Mereka beria-ria untuk memberi pendapat apabila guru menanya soalan. Saya berasa, aktivit yang sedemikian memang dapat menarik minat murid dan mereka tidak akan berasa bosan kerana berpeluang untuk keluar dari bilik darjah. Pada masa akan datang, saya akan menggunakan kaedah yang sama supaya aktiviti P&P yang disediakan akan menjadi lebih seronok dan berkesan.

Wednesday 12 October 2011

Satu pengalaman microteaching yang baru

Hari ini, saya telah menjalankan microteaching di kelas 4K.Matapelajaran yang di ajar ialah BI. Saya berasa agak sedih dengan persembahan aktiviti pengajaran pada hari ini. Kebanyakkan masa, saya mendapati anak murid saya tidak berupaya untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh saya. Saya sudah bercuba untuk menggunakan perkataan-perkataan yang mudah ataupun dikatakan tahap yang rendah, tetapi penguasaan bahasa Inggeris mereka masih lemah sehingga tidak dapat mencapai apa yang saya ingin sampaikan. Saya berharap pengajaran yang seterusnya akan lebih lancar.