Wednesday, 23 November 2011
Belajar Bersama-sama
Pada aktiviti P&P yang lalu, saya telah menggunakan kaedah aktiviti kumpulan. Hari itu saya mengajar kemahiran menggunakan bahasa Inggeris untuk membina ayat ringkas.Selepas memberi penerangan tentang kemahiran membina ayat, saya membahagikan anak murid saya kepada beberapa kumpulan. Dalam kumpulan tersebut, murid-murid saling berbincang dan membina 5 ayat ringkas berpandukan gambar yang ditunjukkan di depan kelas. Saya mendapati murid-murid berasa seronok apabila berpeluang berbincang dengan kawan-kawan. Hasil kerja kumpulan juga amat memuaskan.
Tuesday, 22 November 2011
Pengajaran 2 hala
Pada 21.11.2011, walaupun hari itu cuti, saya tetap balik ke sekolah untuk memberi kelas tambahan kepada murid tahun 4K. Mata pelajaran yang diajar ialah bahasa Inggeris. Disebabkan murid saya terlalu pasif, maka saya merancangkan aktiviti pengajaran 2 hala. Setelah memberi penerangan kepada murid, aktiviti pengukuhan dijalankan. Saya meminta murid tampil ke depan untuk menuliskan jawapan di papan tulis. Sesiapa yang memberi jawapan yang betul akan diberi sebuah hadiah kecil. Saya tidak sangka aktiviti ini mendapat sambutan yang hebat daripada murid-murid saya. Mereka berebut-rebut untuk tampil ke depan. Saya berasa gembira menampak murid saya tidak lagi fobia dengan bahasa Inggeris. Walaupun saya perlu belanja sikit wang untuk membeli hadiah, tetapi ini adalah berbaloi.
Friday, 18 November 2011
Buah-buahan yang tidak boleh dimakan....
Apabila saya menampak buah-buahan ini, saya berasa terkecut kerana buah-buahan itu memang nampak seperti buah yang betul. Murid-murid amat suka menyentuh model buah-buahan yang ditunjuk kepada mereka. Saya amat kagum dengan pereka cipta yang menghasilkan ABM ini. Saya menggunakannya untuk mengajar tajuk "buah-buahan", ia telah memberi hasil yang sangat menggalakkan. Kawan-kawan yang lain juga boleh cuba dengan model jenis ini. Selamat mencuba, kamu pasti akan menampak hasil yang baik.
Wednesday, 2 November 2011
ABM yang berkaitan dengan kehidupan harian
Hari ini, saya mengajar matapelajaran bahasa Inggeris bagi murid tahun satu. Saya mengajar tentang topik "benda-benda di sekeliling kita". Saya telah membawa bahan maujud seperti sayur-sayuran, biskut dan nasi masuk ke dalam kelas. Murid nampak tertarik dengan benda-benda itu. Semua benda itu dapat dilihat oleh murid dalam kehidupan harian mereka. Mereka tertanya-tanya tentang aktiviti P&P yang akan dijalankan oleh saya. Saya berasa P&P pada hari ini menjadi menarik.Cikgu-cikgu yang lain dialu-alukan menyediakan aktiviti yang serupa, saya yakin anda akan mendapati anak murid anda akan nampak tidak sama seperti biasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)